Wednesday, March 23, 2011

Tsunami di jepun..is it a jokes?













Dunia digemparkan dengan peristiwa bencana alam yang paling ditakuti pada abad ini iaitu bencana tsunami yang melanda perairan timur laut negara Jepun dengan gempa bumi bermagnitud 8.9 skala Richter, hanya 0.1 skala Richter kurang daripada gempa yang melanda Acheh pada tahun 2004. Kejadian tsunami kali ini dikatakan adalah yang paling teruk dalam sejarah Jepun bagi tempoh 140 tahun dengan sebuah kapal besar yang hanyut merempuh ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma dalam wilayah Miyagi. Ombak setinggi 10 meter telah mengakibatkan kemusnahan besar daerah tersebut dan sekurang-kurangnya satu kebakaran bangunan telah berlaku.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

::: sumber di atas dari http://www.kreatifminda.com

-------------------------------------------------------------------------------------------------------



Gempar dengan cerita bahawa Berita Harian seperti mempersenda bencana yang menimpa negara Jepun . Gambar watak superhero terkenal dari Jepun , Ultraman yang dilukis oleh kartunis Zoy sedang melarikan diri dari tsunami tersebar luas di Malaysia .

Dari satu sudut , lukisan ini kelihatannya seperti menghina dan menjadikan bencana di negara Jepun sebagai lawak jenaka . Tapi jika difikir secara positif , ia boleh disifatkan sebagai satu bentuk nasihat bahawa sekuat manapun superhero ciptaan manusia , ia tetap tidak akan mampu menewaskan kuasa Allah . Akibat gurauan bodoh ini, seseorang telah menulis komen pada laman web CNN tersebut dengan cadangan untuk menghina Nabi Muhammad pula.

I say the rest of the world needs to draw a picture of THE PROPHET MUHAMMED running from a tsunami…. let’s see how they respond to THAT.

(My bets are for riots, tire-burning, and general childish-ness)

Inilah kesannya apabila kita bertindak bodoh dengan mempermainkan sensitiviti dunia. Jika penghinaan yang kita taburkan, penghinaan jugalah yang kita dapat! Saya tidak mahu mengulas panjang kerana masing2 sudah punya akal.

Bagaimanapun , terpulang kepada seseorang individu untuk menilainya . Namun yang pasti , dari kisah ini mungkin ada pengajaran yang boleh diambil .

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.


No comments:

Post a Comment

faiRy's playlist