Friday, April 15, 2011

inai ala-ala Ayu Raudhah ku direject!

Abah : Inai bila ko pakai..? malam 29hr bulan ke?
Saya : A'ah, org dah booking dah kat ned henna ..nnt dia dtg 29hr bln tu,petang dlm pukul 6 kot..mahal tau,rm150 inai tu..
Abah : Ape mahal sgt inai ko tu.. inai mcm mana yg ko amek ni?
Saya : inai yang lukis2 tu la.. mcm kat downtown tu..tp xnak lukis byk,sikit je..
Abah : Laaa,,xpayah la ly inai lukis2 tu..bukan apa,abah mmg xberkenan pun dengan inai tu..
OMG!!
Saya : ye ke.. hurm tapi sikit je lukis tu...
::::::sepi sekejap ....sambil tu mama pun berbunyik sok sek sok sek sbb die no hal je pasal inai lukis tu..
Amy : Weh , xpayah la ko nak keling sangat berinai bagai tu..xlawa dowh..aku pun xsuke ! xyah la..inai biasa je dah la kak..

mak aihh,,,dah la masuk xbagi salam mamat ni...sesuke hati die kelingkan aku..sentap mak..cesss....lastly,senang cite aku pun buat je la inai biasa..makcik sebelah umah ade pokok inai,suruh je die gilingkan..if pakai inai biasa pun korang sebuk nak kelingkan aku jgk,,siap la ko..biar awok xpayah sanding-manding..awok tido je dlm bilik nnt..kite bakoooor jee..I bukan org Perak, tapi now dah macam UsopWilcha Fenomena pulak kan.. haha :p

Enjit enjit semut .

p/s : nak kawen ni mmg kene banyak2 bersabar .. sebab kita memang kene amek port dgn pendapat org lain lagi2 family... if tension sgt , simpan dlm hati je la yg mampu... grrrrrrrr~~~


makcik , u selfish lar !

Lapar mode :

Stop cite bab kawen sbb i'm working now... pekerja berhemah ke?bull shit,kalau berhemah xkan la time keje boleh update blog..hahaha..Situasi bekerja for today adelah sgt3x membosankan...Saya agak sentap sikit hari ni sebab beberapa sahabat (sahabat ker) dah pergi makan senyap2 , xajak pon... Actually saya xkisah pun sbb saya jenis yang xsuka berkepit@rapat dgn sapa2.. serik dowh! haha.. Tp kalau difikir2kan balik,,orang yg pergi makan tu if kitorang terlupa nak ajak dia,bukan main merajuk tahap gaban sampai berminggu xtegur weh... xfaham pun apa masalahnya nak merajuk sgt tu,, i bukan laki u oke..?nak kata rapat sgt,,xkot,,memang x la..konflik diri kot minah tu..ntah apa jenis orang la kat activation department ni,, haissshhh,, very the makcik2 sungguh..tapi tu la r.e.a.l.i.t.i di sini..sila faham yea.. huahuahua~ So, kepada semua2, xpayah nak sentap2 sangat lepas ni dgn saya oke.. i xkacau hidup u all, so xpayah berminat dgn tepi kain i ni..dalam kain mau..?xmalu meyhh... insaflah, xpayah menambahkan musuh & menebalkan benci orang kat kite pulak..xkuasa mak nokk!

Done !

Last kopek weh !

Ouh , ke'busy an melanda...

hantaran xsiap lagi !
preparation makanan buffet = tip top! cayala pakcik makcik ku.. =)
baju next week baru pegi tengok..
set bilik tido pon next week baru beli..
preparation fizikal & mental?? memang mental kalo fikir bab ni..hahaha...

14days more to go... boleh ke aku ni ? duuuuhhhh~

Yg paling pening sekarang ni, mana nak cari tudung kat bawah ala-ala Bienda tu...Ariani xde! Turquaz pun xde! Tolong !!!

Saturday, April 2, 2011

jeles dgn Ayu Raudhah...bluweeekkk~



Me : jatuh chenta dengan ukiran inai Ayu Raudhah.. chuwiiitt sgt butterfly tue...! rasa nak gomol2 je..hahaha.. Berbelah bagi hati ni nak buat @ x inai corak2 tu. Ye la, macam2 fatwa yang keluar sampaikan saya sendiri terkonfius mana satu yang betul. Search kat google pun rasanya dah macam2 sangat hukum hakam yang keluar...Al-maklumlah saya bukanlah orang yang banyak ilmu,tu yang sampai kene p search kat google... Apa2pun , inai dia memang cun habes! kasut dia pun tersangat2 lah i adore....haippp! hishhh.. ^_+







hukum ukiran inai ~

Mengukir Inai Di Tangan: Apakah Dibenarkan Syara‘?

بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Sudah menjadi tabiatnya- Golongan perempuan, ingin kelihatan cantik dan menawan. Berbagai cara dilakukan untuk tampil menarik, antaranya dengan berpakaian cantik, berhias dengan aksesori yang pelbagai atau berhias dengan peralatan solek dan yang seumpamanya.

Berinai juga dilihat sebagai salah satu cara untuk berhias khasnya sewaktu hendak bersanding. Inai digunakan dengan bermacam cara, dan selalunya cara itu meluas mengikut trend semasa. Jika dahulu inai hanya digunakan untuk memerahkan kuku, jejari dan telapak tangan, tetapi sekarang ia lebih menjurus kepada ukiran seperti ukiran berbentuk bunga, hati, bintang dan seumpamanya.

Kehalusan ukiran inai yang terhasil dari kreativiti pengukir dilihat sebagai satu seni hiasan yang cantik dan menarik. Tidak hairanlah jika ia menjadi satu trend hiasan yang digemari oleh sebahagian orang hari ini. Apa yang ditakuti ada perempuan Islam yang menghias anggota badannya dengan ukiran yang kekal dalam bentuk tatu.

Apakah hukum berinai dan adakah berinai dengan cara membuat ukiran di tangan itu dibenarkan oleh syara‘?

Hukum Berinai

Terdapat perbezaan hukum berinai bagi lelaki dan perempuan.

Pertama: Hukum berinai bagi lelaki

Berinai pada dua tangan dan kaki bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram kecuali kerana darurat seperti berinai untuk berubat. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Salma, khadam Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, katanya:

Maksudnya:

“Tidak mengadu seseorang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang sakit di kepalanya melainkan Baginda berkata: “Berbekamlah”, dan tidak mengadu seseorang kepada Baginda tentang sakit di kakinya (pecah kulit) melainkan Baginda berkata: “Inaikanlah keduanya”.”


(Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan sesetengah pengantin lelaki berinai di jejari tangannya adalah haram juga hukumnya.

Manakala berinai pada uban dan janggut adalah disunatkan bagi lelaki, sama ada dengan warna merah atau kuning. Akan tetapi bukan dengan warna hitam,kerana berinai dengan warna hitam
adalah haram sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya:

“Dibawa Abu Quhafah pada hari penaklukan Makkah ke hadapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan rambut dan janggutnya memutih seperti tsaghamah (sejenis tumbuhan bunga dan buahnya berwarna putih seperti putih uban). Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ubahkan (warna rambut dan janggut) kamu dengan sesuatu dan jauhi (warna) hitam.”



(Hadis riwayat Muslim)

Kedua: Hukum berinai bagi perempuan.

Hukum berinai bagi perempuan adakalanya sunat, adakalanya makruh, bahkan adakalanya haram mengikut keadaan, status perempuan itu sama ada bersuami atau tidak dan bagaimana cara perempuan itu berinai.

i. Berinai yang sunat

Berinai ketika hendak melakukan ihram bagi perempuan sama ada perempuan tua atau yang muda, yang bersuami atau yang tidak bersuami (janda atau belum berkahwin) hukumnya adalah sunat. Begitu juga sunat bagi perempuan yang bersuami berinai walaupun dia tidak bermaksud untuk berihram.

ii. Berinai yang makruh

Berinai bagi perempuan yang tidak bersuami dan ia tidak bermaksud untuk berihram hukumnya adalah makruh.

iii. Berinai yang haram

Berinai dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak, seperti berinai dengan warna hitam hukumnya adalah haram. Begitu juga haram berinai bagi perempuan yang berkabung kerana kematian suami.

Berinai Dengan Membuat Ukiran Di Tangan

Berinai yang disunatkan bagi perempuan yang bersuami yang ingin melakukan ihram atau tidak dan perempuan yang tidak bersuami yang ingin melakukan ihram ialah dengan cara menginai seluruh tangan hingga pergelangannya dan disunatkan juga menyapu sedikit inai pada mukanya.
Adapun berinai dengan membuat ukiran di tangan pula, Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah ada menyebutkan perkara ini di dalam kitabnya, Tuhfah al-Muhtaj ‘ala Syarh al-Minhaj, katanya:

Ertinya:

“Dan tidak disunatkan baginya (perempuan yang bersuami yang tidak melakukan ihram) berinai dengan membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi, bahkan haram melakukan salah satu daripada cara sedemikian bagi perempuan yang tidak bersuami dan bagi isteri yang tidak mendapat keizinan suaminya.”



Berdasarkan petikan di atas, jelas bahawa hukum berinai dengan membuat ukiran bukanlah cara yang disunatkan, bahkan perbuatan itu haram dilakukan bagi perempuan yang tidak bersuami dan juga bagi perempuan yang sudah berkahwin yang tidak mendapat keizinan suaminya. Namun jika suami mengizinkannya, makruh jika isteri melakukan yang sedemikian itu.

Selain daripada membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi juga merupakan cara berinai yang tidak dibenarkan oleh syarak.Walau bagaimanapun menurut Ibnu Rif‘ah Rahimahullah, apa yang dimaksudkan dengan berinai di hujung-hujung jari yang diharamkan itu adalah menginai hujung-hujung jari dengan inai yang berwarna merah dan dicampur dengan yang berwarna hitam.

Jika menginainya hanya dengan inai yang berwarna merah, maka yang sedemikian adalah dibolehkan. Begitu juga dibolehkan ukiran yang dibuat dengan inai (warna merah) sahaja menurut Ibn Qasim al- ‘Abbadi Rahimahullah.

Kesimpulannya, Islam tidaklah melarang umatnya untuk berhias selama mana berhias itu selari dengan apa yang disyariatkan syara‘. Termasuk dalam hal inai, Islam telah memberikan garis
panduan tertentu mengenai cara berinai seperti larangan berinai dengan warna hitam dan waktu yang dibolehkan untuk berinai seperti sunat bagi perempuan berinai ketika berihram.

Sumber : Mufti Brunei

Friday, April 1, 2011

update preparation kahwin




28 hari lagi until nikah day

Esok keje shift petang, so saya pun mood ala2 rajin meng'update blog la ni.. Tengah duk berkira nak masuk o.t x esok pagi. Tambah dengan perisa ngantuk sebab makan nasi+tomyam kat kedai Siam tadi. Alhamdulillah. dapat jugak makan yang sedap2 time2 sengkek ni...hehe!

update preparation kahwin pulak:

#1 - Last week mama kata nak buat pelamin mini untuk nikah. Saya bila orang dah nak bagi, terima jela. Tak pernah pun plan untuk ada mini pelamin sebab aku suka simple-simple. Tapi bila fikir balik , xpayah la mini pelamin tu. Kami sepakat kat dalam rumah cuma ada 1 side untuk tangkap gambar tukar2 baju tu je. Pelamin kat luar , i kan suka mencapap depan orang ramai. haha..Warna yang aku pilih merah,putih n hitam. Tapi macam nak tukar lagi ;p

#2 - Mama terlalu banyak plan untuk doorgift. Cupcake la, bunga telur la, bakul hiasan la. Yang pasti akan ada doorgift vip dan tak vip.Kawan-kawan abah saya berbagai lapisan pangkat, tu yang ada buat yang special tak special. Tapi tu 1st plan, last2 fikir balik xpayah la nak asing-asing doorgift. Bagi sama je kat semua. Tapi i luv my doorgift , kotak songket. comel ! Kalau semua nak buat special, rasanya saya kena jual kereta saya la pastu aku akan pastikan kawan-kawan aku akan dapat doorgift vip.

#3 - Kad, mama cakap dah start edar dari awal bulan March. Sebenarnya takut jugak orang lupa kalau bagi awal-awal. Tapi kalau bagi lambat , takut clash dengan wedding orang lain. haishh...

#4 -Mama boleh belasah pergi Nilai 3 last 2 days. Bukan main dia shopping cermin la , carpet la , frame gambar yang sangkut2 kat dinding tu pun dia borong jugak. Mak aihhh,, anak hang ni bukannya anak datuk pun..agak2la semua nak baru..cesss..

#5 - Hantaran? macam kebiasaan, saya akan buat sendiri hantaran belah perempuan / lelaki. On the way lagi. tapi sangat2 xsabar nak tunggu siap pas2 upload kat sini. ngeee~

#6 - Masih mencari tudung dan veil for nikah. Hopefully sangat dapat cari scarf ala-ala Jailan Atef punya design. Stylo mylo sikit on that day.

#7 - Next 2 week nak kena ukur baju for sanding but berat saya ni degil betul. Stress to da max bila fikir pasal berat. Naik 1 kg je tapi kembangnya macam naik 5kg pulak. ha ha ha hampeh betul..

#8 - Last week dah gi Nilai 3 lagi dgn en tunang. beli paper bag , riben hantaran dan tambahan bunga telur for vip.

ok la. tu je kot.. tido jom..daaa...~

mana nak cari scarf tue ?



Nikah day nak kene pakai tudung sebab saya nikah kat masjid.. So agak2lah, xkan nak free hair kot jumpa tok kadi tu..boleh? haahaha..even ramai yang baek hati suggest pakai tudung ala-ala tudung Ekin on that day,, saya still dengan jawapan muktamad ' Xmolah,i nampak tua nanti'... (belum belajar terima hakikat tua,,,peace! ) At last,decide nak scarf ala-ala Jailan Atef style.. cun! tp mane nak carikkkk!!!!! tolong weh..... duhhhhhh...~





Cik Mimin x bujang lagi !







Seperti yg kita sedia maklum,musim mengawan memang tengah di tahap klimaks sekarang ni.. wahahaha~ Congrats to En Amin Safri a.k.a Cik Mimin yang dah selamat diijabkabulkan dgn pasangan.. Cik Mimin ni ketua claz saya form 5 dolu2.. suke cangat senyuuuuuuummmm & die ni macam ayah utk kitorang yg degil bagai nk rak dlm claz tu weh....die mcm atok2 pun ade..maybe sebab matured kot...hahahah.. btw, congratulations for your wedding and wishing you a marriage filled with a lots of love and joy. May God bless both of you...at last u made it.. me?arrghhh lame pulak masa berlalu... weeeeeee~~ ^_^




faiRy's playlist