Wednesday, March 23, 2011

Tsunami di jepun..is it a jokes?













Dunia digemparkan dengan peristiwa bencana alam yang paling ditakuti pada abad ini iaitu bencana tsunami yang melanda perairan timur laut negara Jepun dengan gempa bumi bermagnitud 8.9 skala Richter, hanya 0.1 skala Richter kurang daripada gempa yang melanda Acheh pada tahun 2004. Kejadian tsunami kali ini dikatakan adalah yang paling teruk dalam sejarah Jepun bagi tempoh 140 tahun dengan sebuah kapal besar yang hanyut merempuh ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma dalam wilayah Miyagi. Ombak setinggi 10 meter telah mengakibatkan kemusnahan besar daerah tersebut dan sekurang-kurangnya satu kebakaran bangunan telah berlaku.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

::: sumber di atas dari http://www.kreatifminda.com

-------------------------------------------------------------------------------------------------------



Gempar dengan cerita bahawa Berita Harian seperti mempersenda bencana yang menimpa negara Jepun . Gambar watak superhero terkenal dari Jepun , Ultraman yang dilukis oleh kartunis Zoy sedang melarikan diri dari tsunami tersebar luas di Malaysia .

Dari satu sudut , lukisan ini kelihatannya seperti menghina dan menjadikan bencana di negara Jepun sebagai lawak jenaka . Tapi jika difikir secara positif , ia boleh disifatkan sebagai satu bentuk nasihat bahawa sekuat manapun superhero ciptaan manusia , ia tetap tidak akan mampu menewaskan kuasa Allah . Akibat gurauan bodoh ini, seseorang telah menulis komen pada laman web CNN tersebut dengan cadangan untuk menghina Nabi Muhammad pula.

I say the rest of the world needs to draw a picture of THE PROPHET MUHAMMED running from a tsunami…. let’s see how they respond to THAT.

(My bets are for riots, tire-burning, and general childish-ness)

Inilah kesannya apabila kita bertindak bodoh dengan mempermainkan sensitiviti dunia. Jika penghinaan yang kita taburkan, penghinaan jugalah yang kita dapat! Saya tidak mahu mengulas panjang kerana masing2 sudah punya akal.

Bagaimanapun , terpulang kepada seseorang individu untuk menilainya . Namun yang pasti , dari kisah ini mungkin ada pengajaran yang boleh diambil .

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.


i adore diz 1 !





fuyooo harini saya tak on fb. sebab nanti kalau on fb, tak boleh nak gerak. korang penah rasa? pernah?! haha saya tahu korang pernah. ceyooo, mali lamai lamai tepuk tanan nak? cayew cayew benciw maknyahhww macawm awarkk tau tark? hewhewhew nyampawwwh gilewwww... Nak share dengan kawan2... ada banyak nak share tapi gambar lupe save kat mana...yg terselamat ada 1 ni je haaa... caye sgt3x la adore baju ini...fewwiiiittt..! ala-ala baju tyme wedding umie aida.. jadi caye telah decide untuk pakai baju ala-ala macam ni tyme potong cake malam berinai nanti...kaler soft cream + en.Tunang pakai tuxedo cream juge...hensemmnye....alolololo..mucho2 gracias..hahah..Ada yg request saya kenekan hijab selepas nikah sehingga bila-bila...Ooopps,,, tapi maaf..saya hanya akan lakukan itu tanpa paksaan mana2 pihak.. Xkisah la org nak cakap ape,,ex: 'nak mati nanti baru nak pakai ke?' @ 'nak tunggu xkene paksa tu sampai berjanggut ke..?'.... wutever~ i xmasok campur hal org , so org pun jgn masuk campur hal saya yea... harap maklum.. =)

ok kali ni punya post pendek sikit. nak lepaskan segala gala yang perlu dilepaskan dlm hati sebab dah lama nak lepaskan walaupun sedang melepaskan dengan hati yang terbuka fuhh orang menadah tangan dengan besar, gua bagi penumbuk heheh.. jangan tacing oke..hiyahh hamik kau rapid kick aku. hahaha.. =P

p/s : lupe pulak ni post pasal dress yg saya adore tu..post pasal sesi luahan hati dan perasaan akan dibuat di post yg laen yea..selamat meng'enjoykan diri dgn gambar di atas! sekian...


o(^_^)o

Tuesday, March 22, 2011

Let's visit Syanira Shawl blog..


Syanira Shawl? waaaa chanteknya nama sechantek shawl2nye...walaupun beginner, tapi shawl2 diorang boleh tahan..ikut trend semasa & harga berpatutan..''SyaniraShawl is formed by 2 young ladies, whose in real life are student of chemical engineering and mathematic and in cyberworld are a Young Entrepreneurs!We are running this business on part time basis. both of us are syamira and munirah! so let enjoy ur shopping!'' ( ini copy paste dr blog mereka) hehe... Gud Luck yea 2 Syanira Shawl... semoga success dalam business ni... =)

kawan2 ! jum visit http://syanira.blogspot.com/ ..murah2! =)

::: Miz Iewa ni bakal sepupu caye...ngeee~ o(^_^)o

Mish u 2010



Arghh sedih nyaa wey. rasa macam baru je nak masuk 18thun.. dah nak masuk 25thun pulak..i'm getting older??am i..? ewah.. i will mish you 2010 :( banyak kenangan kau dengan aku. setahun kita bedating. sudah tiba masanya aku kena curang. bersama 2011 pulak. 2010, banyak kenangan pahit, manis, masam masin sume sume. aku rasa macam dalam hidup saya, 2010 paling special.. betul tak? dengan 2010, aku dapat kenal ramai kawan, ramai bakal sedara, semua baik2 belaka. eceh nak menangis pulakk rasanya. ingat, hari ni terakhir 2010. 2010 takkan berulang lagi. aku dah janji dekat diri sendiri, last 2010, aku nak bagitahu sesuatu dekat seseorang. lily ixora, kau bole! ewahewah nak kena lempang ni.

2010, aku mesti rindu kau nanti, seumur hidup, aku tak boleh jumpa kau lagi kecuali dengan kuasa yang maha-Esa. hmm, aku harap, 2011 nanti aku berubah. (yeke? boleh percaya ke lily ixora ni?) banyak sangat kenangan contohnya, dah disunting orang pulak aku ni..kembang2 kempis hidungku~ & konflik dgn rakan sekerja... well biasa lah kan, manusia takkan lari daripada kesalahan. tapi dah dekat2 akhir tahun tu kitorang dah elok sangat, baik baik semula. mmg lah kan, setiap masalah, mesti ada penyelesaiannya..kene ada yg mengalah. Alhamdulillah, kitorang semua elok. cuma xserapat dulu..better macam ni kot.. i trauma la nokss.. =P maybe ada hikmah di sebaliknya. yang buruk datang dari kita. yang baik datangnya daripada Allah swt.

ini aku berstory morry bukan aku cari pasal. CUMA NAK MELUAHKAN PERASAAN YG TERPENDAM SELAMA SETAHUN DEKAT BELOG AKU NI. dekat BELOG AKU oke..?xsemak kat blog orang lain yea..

okay okay, sebenarnya banyak lagi aku nak cerita. halalala nak cerita ke tanak, nak cerita ke tanak. okay, cerita jelah. ada lah sorang member aku ni,beliau sangat tension dengan segerombolan budak lelaki ni . aku pun xberapa kenal pulak la kan.. dorang suka sangat ejek nama ayah dia. hahahah. aku tak tahu apa masalah dorang. tapi takpe lah kan, member aku ni pun rilek je,memang nampak cool gile mcm xlayan spekulasi camtu.. tapi dekat FACEBOOK, dorangla org yangg petame sekali dia block. hahah. soryy, dia memang tak suka org yg ejek nama ayah org. dari ABANG, AKAK, ADIK, AYAH, MAK, NENEK, ATUK dorang pun sekali dia block. hahahhahaha. bagi dia,biar lah diorang ejek nama ayah dia. ayah dia yang dapat pahala kan? rigght? sgt2 tegas hati dia, if jadi kat aku,maybe aku xdelah sampai hati memblock user sbb nanti nampak sangat emosional aku tu..tapi bila fikir2 balik,bagus je apa dia buat,sampai bila nak biar org pijak kepala kita kan..so,bila nak buat sesuatu, fikir dulu oke. hahaha...


OKAY THEN, BYEBYE XOXO

hero tu buat hati i cair..OMG! =)






Sebelum saya berceloteh panjang , nak ucapkan tahniah dulu buat KRU dan yang terlibat dalam pembikinan ceita Hikayat Merong Mahawangsa ni...Actually saya ni jarang2 sangat nak layan cerita-cerita melayu ni..nape ek?sape yg selalu tengok wayang tau lah kot..tak habis2 dengan cinta & hantu nye..adoyaiii.Lagi teruk bila keluar pulak cerita-cerita pasal remaja ni kononnya nak menyedarkan tapi menghancurkan adelah..xberapa seswaiii ditonton..Contohnya cerita 'aku masih .....' .Walaupun Hikayat Merong ni ade pasal cinta , tapi tak lah ditonjolkan dari awal cerita sampai habis...

Cerita ni saya dah tengok masa 3rd day ditayangkan kat panggung..Punya excited nak tengok cerita ni sampaikan habis kerja terus gua cabutttttt!!! haha.. Lokasi?mid valley je..xsuka pown mid valley tu sebab s.e.s.a.k dengan anak2 yg baru nak up! Tapi dah en.Tunang request p situ,,i followww je lah pakcik tue..Sampai2 je bukan terus dapat tiket oke?kami kene beratur panjang sepanjang2nya..tapi best jugak sebab dpt cuci mata..tgk anak2 yang baru nak up tu beratur jugak sambil berpelok2kan..duuuuhhhh~ menyesal je en.Tunang drive kemain laju dan membahayakan keselamatan penumpang lain semata2 untuk tengok incident berpelok2kan..haha..Jadi,mintak maaflah kalau ade yang marah2 sebab kebiadapan en.Tunang saya atas jalan tu...ok stop..

Kelebihan cerita ni yang membuatkan korang patut tengok.First,jalan cerita dia lain dari cerita-cerita melayu yang lain.macam yang saya dah bgtau tentang kemeluatan tengok cerita melayu sebelum-sebelum ni.Sebab ape lain?sebab dia adalah pengubahsuaian sejarah dan mitos merong mahawangsa ni.KRU ubah pun sebab nak jadikan cerita ni lebih realistik dari yang sepatutnya sebab cerita awal dia macam pelik dan tak logik sikit.hehe..

Pastu KRU ade jugak pakai teknik CGI hampir dalam semua babak dalam cerita.Ada jugak penonton yang dok komen kate CGI dia tak real lah and macam2 lagi.Tapi bagi saya benda ni adalah biasa sebab kita kan masih lagi berjinak-jinak dalam benda alah ni.Susah lah kalau nak tengok CGI dia ala-ala Harry Potter.InsyaALLAH beberapa tahun lagi dapatlah tengok. :)

Kemudian saya tak nafikan ada beberapa babak yang tak penting dan agak tak sesuai dilihat dari lapisan masyarakat yang kecik2 ni.hehe.Pelik jugak kenapa mesti ade scene atas katil , pegang pipi macam nak bercium.Tak sesuai la untuk cerita2 hasil produksi orang islam.Tak molek.Bukan nya orang tak nak tengok pun kalau takde action2 macam tu.So,lepas ni siapa rasa dia orang islam yang nak buat movies tu,tolonglah tapis action2 macam ni.

Unsur keganasan?Ya,tak dinafikan ada dalam cerita ni macam darah terpercik sana sini,cucuk pedang sampai tembus perut and potong kepala.Bagi saya nampak macam real la ala-ala cerita ninja sikit.But ada jugak pihak yang kata unsur2 keganasan macam tu tak berapa sesuai.saya,no komen sebab saya tak rasa macam nak bunuh orang pun lepas tengok keganasan tu.hehe.

Unsur humor masih tak ketinggalan walaupun tak banyak tapi saya tak harapkan banyak2 pun sebab dah boring tengok cerita melayu yang buat lawak pelik dan agak B***h.Lagipun cerita ni agak serius and tak perlu buat lawak.hampir dari awal cerita sampai pertengahan diorang berborak dalam bahasa inggeris.Jadi,kalau sesiapa yang tak suka cerita melayu yang ada dialog english tu janganlah terus 'pangkah' cerita ni.Diorang punya english bukan rojak punye.Ni memang english betul siap ade slang2 dia skali.hahaha.

Dari segi efek bunyi pun ok.gempak jugak bila dengar.Yang kecik hatinya instrumental and lagu sedetik lebih cuma dimainkan sikit je.kata lagu tu OST filem ni.muzik dia cuma dimainkan masa scene merong tinggalkan 'isteri' dia sebab nak pergi berperang je.Masa lain takde.(maaf kalau sebenarnya muzik tu ade dimainkan di scene lain tapi telinga ni cuma dapat tangkap masa tu je).Patut dia mainkan sikit masa dia mati tu.baru boleh berjujuran sikit air mata.heh.

Konklusinya,tahniah sekali lagi kepada sesaper yang terlibat dalam pembikinan cerita ni.Kepada semua yang belum tengok,cerita ni takdelah sehebat transfomers,HP,i'm no 4 and others hollywood film tapi terbaiklah kalau nak dibandingkan dengan filem2 melayu yang wujud sebelum ni dan sangat berbaloi-baloi utk tengok.Bagi saya cerita ni 4/5... Anda bagaimana?


faiRy's playlist